Tuesday, June 9, 2015

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum, 
Ramadhan datang lagi
Tarikh berbeza
Takkan sama macam sebelum-sebelum ini
Setiap Ramadhan jalan cerita dia berbeza..
Suasananya bertukar
Mungkin kita bersama dalam Ramadhan ini dengan orang yang sama.
Mungkin juga dengan orang yang berbeza
Tapi walau apa pun perbezaannya
Ramadhan takkan pernah menghampakan orang-orang yang merinduinya..
Jadi janganlah kita menjadi orang yang hampa di kemudian hari...
Kumpul banyak-banyak amalan yang baik di bulan Ramadhan dan sabar di dalamnya ibarat kumpul kekuatan untuk bulan-bulan yang seterusnya..insha Allah..

*alhamdulillah dlm beberapa hari lagi in sya allah kita bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu segenap umat islam di dunia ini. Bulan yang teristimewa untuk orang yang tahu menghargainya. Alhamdulillah akhirnya terlunas juga hutang dengan-Nya selama 7 hari. Tahun ini agak lewat sedikit melunaskan hutangdisebabkan oleh kesibukan duniawi. ish-ish-ish...tahun ini tempahan biskut raya alhamdulillah<tiba-tiba rasa kan bagus klo sy ada adk beradik prempuan yang ramai boleh juga tolog-tolong, adik saya skrg ok suka juga menolong tapi mesti bersebab atau ada agenda disebalik kebaikan mereka, jaga-jaga.> 

sedar tak sedar suda genap 7 tahun arwah nenek tinggalkan kami, ingat lagi masa dia masih ada setiap kali balik kampung masa dekat raya mesti dia marah sebab kami adik beradik puasa"minumlah kamu jgn la puasa kurus suda kamu ini" itulah ayat yang selalu keluar dari multnya setiap kali kami datang berjumpa denganya... ahha..kekadang dia siap sediakan air lagi tapi kami tolong sebab ak juga puasa penuh....masa kecil-kecil dulu arwah selalu "tapuk"kan kami adik beradik makanan, klo dia dipanggil untuk kenduri org...ahahhaha.. bukan apa klo dia tidak buat macam tu tidak merasalah kami adik beradik sebab habis dikerjakan oleh cucunya yang di rumah tu....nenek memang baik tersangat baik....setiap kali raya sehingga raya terakhir kami bersama 2008 dia akan bagi kami duit raya, duit RM1 yang emas tu..mesti duit itu tidak perna sekalipun duit kertas...tapi setiap kali itu jugalah kami dimarah oleh ayah klo ambil duit yang nenek bagi..ayah cakap "itu duit nenek, bagi balik duit tu dekat nenek" biapun masa tu kami suda dalam kereta ayah tetap suruh bagi balik duit raya dari nenek tu balik....sobsobsob.....tapi nenek lagi pantas bertindak dia akan bagi duit raya tu sembunyi-sembunyi biar ayah tidak perasan...ahhahah lawak kn....nenek suka pelihara ayam. 3 bulan sebelum raya dia akan beli anak-anak ayam dan masa raya tinggal dipotong jak lagi, dia cakap itu lebih senang daripada beli ayam dipasar. pemikiran orang tua tidak akan sama dengan org muda kn....kami rindu nenek. setiap kali balik kampung ayah, macam ada sesuatu yang kami cari sesuatu itu adalah nenek. suara nenek, cara nenek layan kami, hidangkan kami dengan makanan yang nenek simpan untuk kami, keluarkan barang-barang(kain saruang atau apa-apa sedekah org) yang nenek simpan untuk kami...setiap kali nenek tengok saya dia akan peluk saya sekuat-kuatnya sebab orang cakap muka saya mirip dengan muka arwah kakak nenek yang meninggal di mekah.. smpai sekarang sesiapa yang pangkat nenek-nenek klo nampak saya mesti durg ckp benda yang sama. muka saya sama dengan muka arwah...#tapi saya tak pasti pula klo muka arwah tu juga berbintang-bintang macam muka sya sekarag# o itu gurauwan yang melampau kot...ahahhaha

ok bye..setakat ini jak entry kali ini..
saya rindu nenek,
al fatihah untuk arwah.



No comments:

Post a Comment